Hari ini saya ingin berkomngsi dengan kawan-kawan tentang sekolah rendah saya. Saya sekolah di SK Kem Gerakhas.
Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas atau nama ringkasnya SK Kem Gerakhas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kem Sungai Udang.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas memiliki 269 pelajar lelaki dan 261 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 530 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.
Sejarah awal sekolah[sunting | sunting sumber]
Usaha penubuhan sekolah ini dipelopori oleh Lt. Kol. Hussin bin Awang Senik pada tahun 1978 setelah memerhatikan kesukaran anak-anak anggotanya untuk ke sekolah di luar Kem. Sebelumnya, anak-anak anggota Kem terpaksa disekolahkan di tiga belas buah sekolah sekitar luar Kem dengan menggunakan 18 buah trak. Keadaan ini sering mengganggu urusan-urusan ketenteran di dalam Kem. Lantaran itu terbentuklah sebuah sekolah dalam kawasan Kem dan boleh digunakan pada awal Januari 1979, dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN KEM GERAKHAS. Jumlah murid ketika itu adalah 250 orang yang terdiri daripada murid Tahun Empat, Lima, dan Enam. Gurunya pula terdiri daripada 12 orang guru termasuk Guru Besar dan Guru Agama.
Nice blog cikgu Lee! Rindu nak belajar dengan cikgu :D (upsr 2014)
ReplyDelete